Kumpulan Tambunan
Selamat Datang ke Laman web Kami
...........SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGSPOT KAMI..........
Thursday, 29 November 2012
Monday, 30 April 2012
RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH
AHLI
KUMPULAN.
- Bianah
@ Alexandra Bte Dautis
- Bernadette
Anim
- Betsy
Bernard
- Caroline
Maurice
- Dianah
@ Elizabeth Binti Dautis
- Maria
Ladom
- Wilson
Bin Alexius Asis
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH.
Tema:
Anggota badan saya
Subtema:
Anggota badan di kepala saya
Masa:
60 minit
Tunjang:
Kurikulum Sains dan Teknologi – Awal sains dan awal matematik
Fokus:
ST
3.0 menyiasat alam kehidupan
Standard
kandungan:
ST
3.1 : Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan
( Nota
: Murid tidak perlu mengeja nama bahagian badan yang disenaraikan )
Standard
pembelajaran:
ST
3.1.1 : Mengenal pasti bahagian tubuh badan utama
(kepala,mata,hidung,mulut,gigi,telinga,rambut,kaki,jari,tangan)
ST
3.1.3 :Mengenal pasti organ deria (mata,hidung,telinga,lidah,kulit) dan menyatakan
fungsi
setiap organ deria ini
Objektif:
Di
akhir pembelajaran,murid dapat:
1.Mengenal
pasti bahagian tubuh badan di kepala seperti mata,hidung,telinga,rambut
2.Mengenal
pasti fungsi ssetiap organ deria yang dipelajari
3.Mengenal
pasti kedudukan mata,hidung,telinga dan rambut di kepala
Standard
pembelajaran lain yang disepadukan:
PSE
3.2.1 : Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
PSE
2.3.4 : Bertutur dengan penuh keyakinan
PFK
3.1.6 : Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri
Bahan
Bantu Mengajar,
Carta
gambar, lagu , Lembaran kerja
Set
induksi (6 minit)
*Murid
melihat carta gambar yang disediakan oleh guru
*Murid
menyatakan apa yang dilihat oleh mereka pada carta gambar
Langkah
1 ( 6 minit)
*Guru
memperkenalkan anggota badan di kepala saya (subtema) kepada murid
*Murid
menyebut anggota badan di kepala saya
Langkah
2 (15 minit)
*Murid
mendengarkan penerangan guru mengenai fungsi anggota badan di kepala saya
Contoh
: Mata untuk melihat
Telinga untuk mendengar
*Guru
bersoaljawab dengan murid tentang kedudukan organ deria di bahagian kepala
Contoh : Apa yang terdapat di
kepala?
: Apa fungsi organ deria tersebut?
: Di mana letaknya mata?
Langkah
3 (15 minit)
*Guru
menyediakan gambar keratan muka yang kosong
*Murid
mengambil kad gambar anggota badan di kepala dan menyebutnya
*Murid
melekatkan gambar anggota badan di kepala tersebut di keratan muka yang kosong
Langkah
4 (20minit)
*Murid
diberikan lembaran kerja lakaran muka dan anggota badan muka
*Murid
mewarna dan menggunting anggota badan di kepala ke keratin muka yang disediakan
Penutup
(4 minit)
Murid
mendengar dan menyanyikan lagu yang diperdengarkan oleh guru .
Tuesday, 24 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)