Selamat Datang ke Laman web Kami

...........SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOGSPOT KAMI..........

Monday, 30 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH


AHLI KUMPULAN.

  1. Bianah @ Alexandra Bte Dautis
  2. Bernadette Anim
  3. Betsy Bernard
  4. Caroline Maurice
  5. Dianah @ Elizabeth Binti Dautis
  6. Maria Ladom
  7. Wilson Bin Alexius Asis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH.

Tema: Anggota badan saya
Subtema: Anggota badan di kepala saya
Masa: 60 minit
Tunjang: Kurikulum Sains dan Teknologi – Awal sains dan awal matematik
Fokus:            
ST 3.0 menyiasat alam kehidupan
Standard kandungan:
ST 3.1 : Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan
 ( Nota  : Murid tidak perlu mengeja nama bahagian badan yang disenaraikan )
Standard pembelajaran:
ST 3.1.1 : Mengenal pasti bahagian tubuh badan utama
 (kepala,mata,hidung,mulut,gigi,telinga,rambut,kaki,jari,tangan)
ST 3.1.3 :Mengenal pasti organ deria (mata,hidung,telinga,lidah,kulit) dan menyatakan fungsi
            setiap organ deria ini


Objektif:
Di akhir pembelajaran,murid dapat:
1.Mengenal pasti bahagian tubuh badan di kepala seperti mata,hidung,telinga,rambut
2.Mengenal pasti fungsi ssetiap organ deria yang dipelajari
3.Mengenal pasti kedudukan mata,hidung,telinga dan rambut di kepala
Standard pembelajaran lain yang disepadukan:
PSE 3.2.1 : Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
PSE 2.3.4 : Bertutur dengan penuh keyakinan
PFK 3.1.6 : Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri
Bahan Bantu Mengajar,
Carta gambar, lagu , Lembaran kerja

Set induksi (6 minit)
*Murid melihat carta gambar yang disediakan oleh guru
*Murid menyatakan apa yang dilihat oleh mereka pada carta gambar
Langkah 1 ( 6 minit)
*Guru memperkenalkan anggota badan di kepala saya (subtema) kepada murid
*Murid menyebut anggota badan di kepala saya
Langkah 2 (15 minit)
*Murid mendengarkan penerangan guru mengenai fungsi anggota badan di kepala saya
Contoh :          Mata untuk melihat
                     Telinga untuk mendengar
*Guru bersoaljawab dengan murid tentang kedudukan organ deria di bahagian kepala
Contoh                        : Apa yang terdapat di kepala?
                         : Apa fungsi organ deria tersebut?
                         : Di mana letaknya mata?
Langkah 3  (15 minit)
*Guru menyediakan gambar keratan muka yang kosong
*Murid mengambil kad gambar anggota badan di kepala dan menyebutnya
*Murid melekatkan gambar anggota badan di kepala tersebut di keratan muka yang kosong
Langkah 4  (20minit)
*Murid diberikan lembaran kerja lakaran muka dan anggota badan muka
*Murid mewarna dan menggunting anggota badan di kepala ke keratin muka yang disediakan
Penutup  (4 minit)
Murid mendengar dan menyanyikan lagu yang diperdengarkan oleh guru .

Contoh Lembaran Kerja


SET INDUKSI

PERHATIKAN GAMBAR INI ADIK-ADIK..

LANGKAH 1

Adik-adik, mari kita kenali anggota badan di muka kita